Sijil Kelakuan Baik (SKB)

SKB merupakan salah satu prasyarat yang diperlukan oleh hampir semua negara bagi tujuan permohonan permit belajar, bekerja dan bermastautin.

*Klik disini untuk membuat permohonan SKB

*Klik disini untuk tatacara permohonan Sijil Kelakuan Baik dengan pembayaran secara atas talian

Pengambilan SKB

Beberapa kaedah telah disediakan bagi mengambil SKB anda dengan mudah dan pantas. Pengambilan boleh dilakukan melalui kutipan kaunter dan pos.

Kutipan di Kaunter

Flow pengambilan SKB di Kaunter

*Surat wakil (untuk tunjuk kutipan oleh wakil selain pemohon) hendaklah ditandatangani oleh pemohon dan perlu dikemukakan ketika kutipan beserta dengan salinan kad pengenalan pemohon dan wakil.

Flow pengambilan SKB melalui Pos

Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos dengan jumlah RM20 untuk satu SKB dibayar kepada [AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA]. Sampul Pek Prabayar bersaiz A4 lengkap ditulis alamat pemohon. Kementerian Luar Negeri tidak bertanggunjawab ke atas kehilangan dokumen-dokumen yang dihantar kepada pemohon melalui pos. Pemohon dinasihatkan mencatat nombor pengesanan untuk membuat semakan penerimaan pos.

Semakan SKB

Semakan permohonan SKB boleh dibuat di sini berdasarkan No. MyKad/No. Pasport, Alamat E-mel atau Kod Urusan permohonan anda.

Sijil Pelepasan Keluar Negeri

Pelawat yang memegang pas visa J-1 ke Amerika Syarikat adalah tertakluk kepada peruntukan Seksyen 212 (e) Akta Imigresen dan Kewarganegaraan Amerika Syarikat yang memerlukan pelawat untuk keluar dari Amerika Syarikat dan kembali ke tanah air untuk tempoh minimum dua (2) tahun selepas tamat tempoh program pertukaran pelawat.

Pendaftaran Rakyat Malaysia Di Luar Negara

Pendaftaran Rakyat Malaysia di luar negara adalah salah satu fungsi di dalam sistem e-Konsular bagi tujuan merekod maklumat keberadaan rakyat Malaysia di luar negara secara sistematik.

Bantuan Konsular

Bantuan Konsular bagi rakyat Malaysia di Luar Negara adalah salah satu usaha berterusan Kementerian Luar Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara terjamin dalam apa jua keadaan dan situasi. Ia merangkumi:

RAKYAT MALAYSIA

BUKAN RAKYAT MALAYSIA

Sesuai untuk paparan: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 keatas

Kemaskini terakhir: 31 Oktober 2022

Kementerian Luar Negeri Malaysia
Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 Putrajaya

TALIAN BANTUAN KLN

Waktu Pejabat : 8.30 am - 5.30 pm
No Telefon : +603 8000 8000

Waktu Operasi (Konsular)
Isnin - Khamis : 9.00 am - 4.00 pm
Jumaat : 9.00 am - 12.00 pm | 2.45 pm - 4.00 pm
Tutup : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

© 2022 Kementerian Luar Negeri, Malaysia. Hak Cipta Terpelihara

*Bagi pengguna yang telah mempunyai akaun, anda perlu melengkapkan Soalan Rahsia serta Jawapan dan langganan notifikasi (Subscribe Notification) sebelum meneruskan tindakan seterusnya.

PERINGATAN MESRA

Adalah dimaklumkan bahawa RM20 sahaja yang dicaj bagi satu (1) cetakan Sijil Kelakuan Baik.

Kementerian Luar Negeri TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF DAN MELANTIK MANA-MANA AGEN, SYARIKAT ATAU ORGANISASI untuk memudahcara urusan permohonan Sijil Kelakuan Baik. Permohonan Sijil Kelakuan Baik hendaklah dibuat sendiri oleh individu yang ingin memohon. Tindakan pelantikan agen bagi tujuan memohon serta memudahkan urusan permohonan Sijil Kelakuan Baik adalah atas tanggungjawab serta risiko seseorang individu itu sendiri.

Kementerian Luar Negeri TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kerugian yang dialami seseorang individu daripada tindakan pelantikan agen.

Senarai Soalan Lazim (FAQ)

Umum
Daftar Akaun

Pendaftaran akaun boleh dilakukan dengan mengklik butang 'Daftar Sekarang', masukkan maklumat pengguna yang ingin mendaftar dan klik butang "Hantar".

Penukaran Password

Kata Laluan dapat diubah dengan membuka Profil di kanan atas layar dan mengklik butang 'Kemaskini Kata Laluan'.

Akaun Pengguna
Tetapan Kemaskini Akaun

Pergi ke Profil Pengguna untuk mengemaskini tetapan akaun.

Lupa Kata Laluan

Sekiranya anda terlupa kata laluan anda dan tidak dapat log masuk, sila klik Lupa Kata Laluan pada skrin log masuk sistem dan ikuti langkah-langkah yang disenaraikan.

Sebagai seorang warganegara Malaysia, bolehkah saya menggunakan No. Pasport sebagai maklumat Kad Pengenalan saya?

Tidak. Permohonan anda akan dibatalkan, dan akaun anda akan disekat. Warganegara Malaysia hendaklah menggunakan No. MyKad sebagai maklumat Kad Pengenalan.

Saya warga asing dan ingin memohon Sijil Kelakuan Baik. Apakah yang perlu saya letakkan sebagai Kad Pengenalan saya?

Sila gunakan pasport semasa anda yang masih aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan anda.

Kewarganegaraan Malaysia saya telah dilucutkan baru-baru ini. Jika saya pernah berdaftar dengan e-Konsular menggunakan Kad Pengenalan saya, adakah saya masih boleh menggunakan akaun sedia ada?

Anda dikehendaki untuk membuat akaun baharu menggunakan pasport semasa yang aktif dan sah sebagai maklumat Kad Pengenalan. Sila buat permohonan untuk menyahaktifkan akaun sedia ada anda kepada skb_admin@kln.gov.my.

Saya telah mencuba untuk mendaftar e-Konsular namun terdapat ralat mengatakan bahawa Nombor Kad Pengenalan saya telah digunakan untuk pendaftaran. Apa yang saya perlu buat?

Dalam kebanyakan situasi, ia adalah kerana anda telah mendaftar ke sistem e-Konsular. Sila log masuk ke sistem dan tetapkan semula butiran log masuk jika anda lupa maklumat log masuk.

Saya lupa butiran log masuk saya. Boleh awak tolong?

Sila buat permohonan untuk tetapan semula maklumat log masuk anda kepada skb_admin@kln.gov.my.

Sijil Kelakuan Baik
Berapa lamakah masa permohonan diproses?

Tempoh proses permohonan adalah antara 30 hingga 90 hari mengikut hari bekerja.

Apakah Sijil Kelakuan Baik?

Sijil Kelakuan Baik ialah dokumen yang digunakan untuk mengesahkan bahawa seseorang individu tidak mempunyai kesalahan atau rekod jenayah sepanjang tempoh menetap di Malaysia.

Berapa lamakah tempoh sah laku Sijil Kelakuan Baik?

Tempoh sah laku sijil adalah satu (1) tahun dari tarikh kelulusan. Walau bagaimanapun, negara/syarikat tertentu memerlukan sijil dengan tarikh kelulusan kurang daripada satu (1) tahun.

Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan tentang SKB, kepada siapa saya boleh kemukakan pertanyaan ini?

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada Unit SKB: skb_admin@kln.gov.my.

Siapa yang boleh membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik?

Warganegara, pemastautin dan warga asing yang pernah menetap di Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan) boleh memohon Sijil Kelakuan Baik.

Pasport saya telah tamat tempoh. Bolehkah saya memohon tanpa pasport yang aktif?

Pasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.

Bolehkah saya menggunakan pas lawatan saya atau mana-mana pas lain sebagai butiran pasport?

Pasport yang aktif adalah wajib untuk membuat permohonan Sijil Kelakuan Baik.

Bagaimanakah cara saya memohon Sijil Kelakuan Baik?

Permohonan Sijil Kelakuan Baik boleh dibuat melalui sistem e-Konsular (pautan: https://ekonsular.kln.gov.my/)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai langkah-langkah untuk memohon SKB, sila rujuk video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=ycuvkiJCFnM

Adakah terdapat alternatif lain untuk memohon Sijil Kelakuan Baik selain menggunakan e-Konsular?

Mulai 1 Julai 2013, permohonan Sijil Kelakuan Baik hendaklah dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Konsular.

Bolehkah sijil dihantar melalui e-mel?

Tidak, kami hanya menjana dan mencetak sijil secara fizikal.

Bolehkah saya menggunakan penghantaran pos biasa dan bukan yang berbayar?

Ya, boleh. Bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan mana-mana sampul surat.

Adakah sijil boleh dihantar melalui perkhidmatan kurier antarabangsa?

Tidak, kami tidak menghantar sijil ke luar Malaysia. Sila berhubung dengan Kedutaan Malaysia/Suruhanjaya Tinggi/Konsulat Jeneral terdekat untuk urusan kutipan sijil.

Saya telah menghantar sampul surat ke pejabat anda, tetapi saya masih belum menerima sijil saya.

Anda boleh menghantar emel kepada skb_admin@kln.gov.my untuk mengetahui perkembangan terkini permohonan anda. Kemungkinan besar ia adalah kerana anda tidak menghantar salah satu lampiran di bawah:
A. Slip Kutipan.
B. Resit pembayaran dalam talian.
C. Sampul surat Prabayar Pos Laju atau Pos Ekspres bersaiz A4 kosong dengan alamat pemohon tertulis pada slip tracking.